Manusia hanya menggunakan 15% daripada akalnya dan 85% daripada  hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan, cuma, bagaimana Akal dan Hati itu  berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri. Adakah kita dalam keadaan  tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah menanti  jawapan yang tidak pasti? Adakah si dia insan yang menjadi pilihan hati itu  jodoh kita?
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha  Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?  Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal  untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang  ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang  dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara  keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta  dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah  insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?  Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1) Bersahaja  
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang  berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,  apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup  kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2) Senang bersama  
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.  Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.  Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3) Terima kita seadanya  Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil  peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita  yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang  penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai  kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah  miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan  rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4) Sentiasa jujur  
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi  milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi  suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada  berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan  cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang  sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5) Percaya  Mempercayai 
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih,  adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling  percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani  mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada  kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa  pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah  melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh  kedua-duanya.
6) Senang  Bekerjasama 
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu  pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan  dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan  orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia  mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini  kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini  menyusahkan?
7) Memahami diri  kita 
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata  orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini  juga sesuai bagi pasangan kekasih. 
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8) Tampilkan  kelemahan 
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan  tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu  menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui  kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya  kepada kita. 
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9) Kata hati  Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan  deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan  masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan  dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali  lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah  pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10) Mimpi 
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan  sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah  dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah  keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan  ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di  dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
NOTA:  Berkenaan mimpi petunjuk – “Saya tak jumpa mana-mana hadis yang  menyebut bahawa petunjuk dari istikharah akan didapati melalui mimpi. Yang  disebut oleh hadith ialah melalui gerak hati. Hadith tersebut menyebut, setelah  istikharah, ambillah apa yang pertama digerakkan oleh hati selepas istikharah  itu. Kalau tak ada gerak hati, ulangi istikharah, dan serahkan keputusan  sepenuhnya kepada Allah. Jangan pula kita ada preference dalam hati  waktu melakukan istikharah, kerana hasilnya mungkin apa yang kita inginkan,  bukan petunjuk dari Allah.” (rahim11)
 
0 comments:
Post a Comment