10/12/11....sabtu lepas aku tengok gerhana bulan dengan anak buahku Haiqal....macam2 soalan yang dia tanyakan kepadaku....biasalah budak2 semua dia nak tahu....banyak soalan KENAPA ITU???? KENAPA INI??? KENAPA BULAN TIDAK TIDUR?????? KENAPA JIRAN SEBELAH TAK TENGOK BULAN????? aku pun terpaksa la menjawab semua soalannya .....
aku tidak ingin melepaskan peluang untuk menyaksikan kekuasaan allah ini.masa kami tengok tu bulan hampir tertutup sepenuhnya.mujur la aku sempat lagi snap gambar....semasa menyaksikan kejadian gerhana itu ,hati aku merasa takut dan gerun melihat bulan....aku takut melihat langit....lantas aku melakukan amalan yang di sunatkan semasa gerhana iaitu berzikir....haiqal yang mendengar aku berzikir turut menadah tangan sambil cuba untuk mengikuti apa yang aku baca....aku terkejut bila aku melihat haikal hendak berlutut....ini mungkin sebab dia selalu melihat ayahnya sembahyang....dan dia rasa orang berdoa waktu sembahyang sebab itulah dia ikut berdoa sambil ingin melakukan rukun sembahyang seperti yang dia lihat hari2...aku bertanya di dalam hati..kalau budak kecil ini boleh ikut berzikir apakah orang dewasa yang melihat bulan yang sama turut berzikir dan menyebut nama allah???????????????????????????????......
tapi aku agak kecewa sikit sebab aku tidak dapat menyaksikan gerhana penuh sebab tiba2 hujan lebat.
http://www.miszsnowgurlz.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment