Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PUASA SUNAT

Puasa Sunat ialah puasa yang dikerjakan pada sebarang masa, hanya dengan harapan balasan dan keampunan dari Allah sahaja (tidak diwajibkan).  Puasa sunat ini boleh dikerjakan pada bila2 masa sahaja jika berkuasa kecuali pada hari2 yg terlarang dan dimakruhkan berpuasa padanya."

Jenis-jenis Puasa Sunat

1.  Puasa Enam - Dikerjakan sehari sesudah hari Raya Puasa.  Puasa Enam itu boleh dikerjakan secara berturut2 dan boleh juga berselang hari (tidak berturut2), tetapi hendaklah tetap dikerjakan dalam bulan Syawal sahaja

2.  Puasa awal bulan Zul Hijjah sampai 8hb Zulhijjah.  Disebut juga sebagai puasa sebelum Hari Raya Haji.

3.  Puasa hari Arafah pada 9hb Zulhijjah.  Org yg mengerjakan haji lebih baik jangan berpuasa pada hari ini.

4.  Puasa pada 9hb muharram

5.  Puasa pada hari Asyura iaitu pd 10Hb Muharram

6.  Puasa pd bulan Rajab seberapa hari yg kuasa

7.  Puasa dalam bulan Syaaban.  Boleh berpuasa dari awal sampai akhirnya kecuali pd hari syak iaitu pd 30hb Syaaban.  Utk makluman semua hari nisfu syaaban ialah pd hari Sabtu (11/10/2003) ini, sebaik2nya berpuasalah pd hari tersebut.  Sesiapa yg berpuasa sehari didlm bulan sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didlm syurga.  Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dgn buku catatan yg baru.  Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

8.  Puasa pd hari Isnin dan Khamis

9.  Puasa tiga hari pd tiap2 bulan Qamariah (Bulan Islam)

10.  Puasa pd hari putih iaitu pd 13,14 dan 15 hari bulan Islam

11.  Puasa berselang hari.  Sehari berpuasa, sehari berbuka, kemudian berpuasa pula dan demikianlah seterusnya.
www.tips-fb.com
komen sikit,kalau suke like sekali ye

0 comments:

Post a Comment

LETAK LINK KORANG KAT SINI